budak gemokkksss !

budak gemokkksss !

Thursday 29 March 2012

FESYEN ALTERNATIF SI PETITE !

Antara fesyen-fesyen Alternatif.
Biasanya dengar kan dialog di atas?kalau si gempal berasa segan dan sukar untuk mencari pakaian,begitu juga dengan si kecil molek.Namun, satu kelebihan bagi yang bertubuh genit ialah baju yang besar masih boleh di ubah suai menjadi kecil.Pelbagai alternatif dalam berfesyen bagi golongan ini.Ayuh kita tengok!

SATU WARNA
Pakai pakaian dari rona warna yang sama atau lebih mudah lagi hanya satu warna dari atas hingga ke bawah.Bagi menutup kekurangan terutamanya ketinggian,padankan seluar atau legging yang senada dengan warna baju.Antara warna yang sesuai ialah warna-warna gelap seperti hitam,hijau pekat,ungu dan biru garang.

SESUAI DENGAN TUBUH BADAN
Pemilihan pakaian yang sesuai pada tubuh badan si gadis genit amat penting agar tidak nampak canggung.Jangan pakai baju yang terlalu besar kerana kamu hanya akan kelihatan pelik atau mungkin orang akan berkata baju tersebut sebagai'baju pinjam'.

GARISAN MENEGAK
Pilihlah baju dengan garisan yang menegak.Tidak semestinya kamu memakai pakaian yang bercorak belangnmenegak.cukuplah sekadar mempunyai potongan menegak yang menampakkan tubuh genit kamu menjadi sedikit tinggi.setidk-tidaknya ia dapat membantu bukan?

BERKOLAR V
Pilihlah top dan jaket yang berkolar V tau bentuk U.bentuk kolar baju seperti ini dapat memberi ilusi terhadap bentukleher agar nampak lebih jinjang.

No comments:

Post a Comment