budak gemokkksss !

budak gemokkksss !

Wednesday 14 November 2012

TRIP TO LANGKAWI

heyyy . dah lama tak update blog neh haa. al-maklum lah sibuk sikit sekarang neh . uhmm trip to langkawi . first time naik feri fuhhh pening kepala ceq . still terasa mabuk laut lagi mehhh! trip to langkawi ada program keusahawanan. seriosly jadual padat gilaa. dari pagi sampai malam ada slot sajaa. nak berjalan tuh memang tak dapat lah kan .Kami semua tak tahu yang ada program dan jadual yang padat macam tuh. sebab kami pergi langkawi pon ingat jalan-jalan biasa lah tak biasa pergi langkawi , neh first time aku nak try pergi melawat langkawi.diorang cakap sana seronok barang pon murah-murah dijual .*pergi pon dengan rela hati* HAHAHAHA....

First perjalanan aku pergi ke kolej lambat.kena ada kolej sebelum 7.30 pagi tapi aku sampai kolej dah nak dekat pukul 8.00 pagi.hah! semua neh gara-gara ibu aku yang terlalu buzy sangat sampai tak boleh nak hantar anak sendir.*agak fedap jugak la*sampai jaa aku dekat kolej semua dah ada? alamak semua lectrur pon ada . haha. aku jadi segan lah pulak nak turun.hah! nak tahu aku pergi kolej dengan sapa? naseb baik lah ada maksu aku dengan ibu ji yang sanggup hantar aku dengan anak kecik dia lagi.*kesian kan*okey sambung balik yang aku baru tiba di kolej. haa aku tengok takda bas pon. aikk? kehairanan .. aku blurr kejap . aku tanya diorang mana bas ? diorang cakap kita pergi naik kereta bas tunggu dekat kolej komuniti kepala batas.erghhhhh! naseb baik aku tak tertinggal meh. hahahahahaha(pastu kena bising dengan kawan-kawan aku sebab mai lambat) sabor jelaaa . heeee.

Tiba ja dekat kolej kepala batas.ouchhh kami pon bertolak.kemudian pusing-pusing dekat seberang jaya pulak? aikk. kami heran terus kenapa bas neh dok pusing-pusing dekat seberang jaya neh.rupa-rupanya nak ambil budak kolej seberang jaya.sebab kena tinggal dengan lectrur diorang sebab lambat. hahahaah(padan muka kan) dalam perjalanan yang agak jauh sampai dekat kuala perlis pon dah lambat.dalam tengah hari jugak la. kami dijangka naik feri pukul 1.30 tengah hari.hoho boleh la singgah makan dulu sebab perut pon dah berbunyi terlalu lapar sangat belum jamah apa-apa pon .okeyy tepat 1.30 tengah hari kami pon angkat barang-barang nak naik feri.yeahhhhhh! berdebar-debar rasa seronok gila dapat pergi langkawi.HAHA!dalam sejam jugak la perjalanan kami ke langkawi.first time aku naik rasa takut gila dah la duk tengah-tengah laut.hehe.okey aku sampai ja langkawi aku pergi daftar dan dapat bilik masing-masing dan sehelai baju.dan kami diarahkan untuk salin pakaian kerana ada taklimat untuk kami dan besertakan jadual yang di beri kepada kami.


First sampai di jeti,bergambar dulu tengok banyak kan barang kami.hehe


Aktiviti ice breaking yang dijalankan oleh kami (group saya)


Selepas masuk bilik kemas barang mandi dan sebagainya turun pulak ke bawah untuk menjamah kuih dan air untuk mengisi perut kami.uhhhh? kami pon menuju ke dewan langkawi ada taklimat. dan kami diberi arahan dan sebagainya . dan di bahagi kan group.kami ada ice breaking.ahaa? aku rasa macam seronok bila dengar ice breaking tuh.(ingat pergi main dekat pantai,padahal perkenalkan nama lukis dan lakukan aktiviti di dalam dewan tuh) arhhhhhh! terus aku fedap. tapi buleh la jugak .agak seronok. hahaha(apa aku cakap neh,gila punya budak)aku dapat group dengan kolej lain ,tapi ada juga budak laki yang sama satu group dengan aku.haishhhh! sebok jelaa depa neh kan.biasa lah akmal dengan anas tuh cempera sikit.aku kami kena tahu dan mengenali rakan-rakan baru di dalam group.heee. naseb baik aku dapat ingat nama-nama depa. hehe. then,macam-macam lagi laa permainan kami.seronok jugak la. dan setelah tamat pukul 10.30 malam kami bersurai.

                                   Dalam dewan ada taklimat.fokus gila laa semua.HAHA

Tapi,selepas ceramah kami dah ada plan untuk keluar jalan ronda-ronda.kami just singgah petronas beli makanan ringan.dan akmal bawak kami pergi ke kedai makan sebab kami terlampau lapar sangat.(perut berbunyi dah)HAHA.jalan punya jalan dah penat dah.lenggoh kaki-kaki kami berjalan dah la jauh . dah jumpa kedai makan.mestila makan kan.minta order semua tapi macam taik?Haram tak sedap dengan udang tak masak.haishhhhh! tomyam pon tak rasa tomyam. hahahahahahahaha. puihhhh!balik dari makan alif pulak dok buat gelong-gelong dia .haishh sakit kepala dok dengan depa neh.

Hari kedua, macam biasalah aktiviti kami ada ceramah.yang seronok tuh dapat menari oppa gannam style dengan chicken cip tuh. (apa natang ntah aku tatau nama)HAHA!so! selepas taklimat kami di beri peluang untuk bersiar-siar dan membeli-belah.yeehooooo?terasa bahagia sangat lah kan dapat berjalan.then,kami plan nak sewa transpot untuk berjalan-jalan.heee. akmal telepon dia punya kawan bapak dia untuk kami senang dapat kenderaan.owhh?rupa-rupanya transpot kami mai lambat.janji pukul 5.00 petang tapi pukul 6.00 baru sampai.kami hanya pegi pekan kuah jaaa. sebab van yang kami sewa lambat sangat sampai. yang lain dah lama bertolak. dahla hanya dua jam jaa bagi kami berjalan . serius tak sempat pegi burung helang dan lain-lain. busan gilaaa . haha!
time nak tidur dok dalam bilik ya,allah semua nya sporting tapi tuh la yang paling bising nurul la.kami panggil nu'un.mulut dia la yang paling bising .haha.

Hari ketiga,pagi-pagi macam biasa taklimat.then,kemas barang nak balik. haha.rasa sedih pulak nak tinggal kawan-kawan


                       Hari ketiga taklimat bersama jutawan muda:En.shameem semua sebok nak bergambar.

Terima kasih kerana memberi serba sedikit taklimat dan cara untuk berniaga.selain itu,sanggup berkongsi dan bincang bersama-sama kami.jasa anda semua kami sangat hargai .


No comments:

Post a Comment